BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 17 Oktober 2010

Warkah Cinta Dunia

Haruskah aku melihat kaca
Sambil memikirkankan permata
Ataukah harus aku merenung
Ke arah awan sambil bermenung


Kerna didalam diri ada sengketa
Ada sesuatu yang membelenggu
Mencari damai yang sebenarnya
Telah ku dengar dari bisikan bayu


Katanya Kau ,,
Harus melihat dunia dari kacamata
Anak-anak yang tak melihat dewasa
Kau harus mendengar rintihan ibu-ibu
Yang sentiasa merindu damai bumi yang satu

Haruskah aku melihat kaca
Sambil memikirkankan permata
Ataukah harus aku merenung
Ke arah awan sambil bermenung

Kerna didalam diri ada sengketa
Ada sesuatu yang membelenggu
Mencari damai yang sebenarnya
Telah ku dengar dari bisikan bayu


Katanya Kau ,,
Harus bercerita kepada mereka tentang
hari-hari yang mungkin tak kan mendatang
Dan Kau harus mengirim Warkah Cinta Dunia
Kepada mereka yang alpa dan lupa

Kau harus mendengar rintihan ibu-ibu
yang sentiasa merindu damai bumi yang satu
Kau harus mengirim Warkah Cinta Dunia
Kepada mereka yang alpa dan lupa






Ahad, 10 Oktober 2010

Doa Untuk Kekasih

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat..
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini… Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai… Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah..

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Jika ini takdirNYA


Wahai si rama-rama
terbanglah dikau pada si dia
sampaikan 1 kiriman daku
khabarkan padanya AKU RINDU

Melihat si rama-rama berterbangan
Lalu si dia melemparkan senyuman
Dengan senyuman dia itulah yg ditunggu
jawapan bahawa dia juga MERINDUIKU

Hujan di luar membasahi bumi
Hujan di dalam membanjiri hati
Luka tangan tercalar nampak berdarah
Luka hati tertusuk tinggalkan parah
Kasih sayang tidak lagi bertaut
Kasih terluka meninggalkan parut

Tidak ku tahu kita kan bertemu
Tidak ku lepas ingin bersamamu
Tidak terkira ku sering merindu
Tidak ku mahu sengketa kau dan aku
Tidak ku duga juga perpisahan berlaku

Andai dirimu bertemu yg lain
Semoga si dia bukan seperti diriku
Kerana aku tidak mahu kau merana lagi
Andai diriku bertemu yg lain
Semoga si dia sama seperti dirimu
Kerana kesilapan lalu akan ku cuba perbaiki diri

Cukup pahit untuk ditelan
Walau perit harus diteruskan
Redha dengan ketentuan tuhan
Pasrah dengan segala ujian
DAN
Aku yakin ,, ada hikmah disebalik kejadian
 

Penulisan dari hati

Walau kita tidak pernah bersua
walau hanya berkomunikasi talian
tetapi keakraban perhubungan kita
cukup teguh sehingga semalam
sampailah bertukar sakit pada saat ini
sakit yang dipanggil PENGORBANAN

kaulah penawar saat aku berduka
kaulah ubat tatkala aku sakit
kaulah bintang menemani malam gelapku
kaulah selimut diwaktu aku kedinginan
kaulah ilham saat aku bermadah
kaulah madu tiada racunnya
kaulah bunga tiada durinya
kaulah satu yang tiada duanya


Aku hanya seorang PENcinta
aku memberi kau menerima
kau membalas aku menghargainya
seorang puteri yang ingin didampingi seorang putera
seorang kekanda yang ingin membelai adindanya

DAN
dimana kaki ini melangkah
melangkah mencari cinta
cinta yang ingin dicari
dicari untuk pada yg sudi
sudi pada diri yang sunyi
sunyi yang ingin ditemani
ditemani seorang insan
insan yang bergelar kekasih
kekasih halal buatku

TETAPI
langkah kini kian terhenti
jeritan batin yg tidak didengari
hanya tangisan melepaskan lelah di dada
kenangan lalu menjadi teman hiba
kenangan itu jugalah alasan untuk aku tersenyum


DAN
engkau perlu tahu
engkaulah yang terakhir bagiku
tiada lagi yang ingin ku impikan
tamatlah sudah kisah antara kita
iaitu kisah antara KAU dan AKU

Terkuburlah segalanya
CINTA yang di mimpi
CINTA yang di cari
CINTA yang di miliki
CINTA yang di lewati
CINTA yang di khianati
CINTA yang di sakiti
Kini ....................... 
SELAMAT TINGGAL CINTA 
 

Suka Suki

    Si Cute miut -
Aq nieh suka bebudak .. Aq suka buat koleksi gmbr bayi2 , budak2 kecik dan sewaktu dgnnya laa .. Gambar bebudak kecik yg comel2 gini , ayat english kata MAKE ME SMILE (^_^) .. Jiwa klu tgh kacau , bila tgok gmbr2 atau tgok telatah budak2 gerenti laa sejuk sikit hati nieh .. So korg tgok laa sndiri gmbr2 yg bg aq ada keistimewaan tersendiri ..











Ahad, 3 Oktober 2010

Assalamualaikum wbt

Sekarang tiba masa nak berjinak-jinak dengan blog plak .. Sebelum nieh x terfikir pun nak buat blog .. Tapi nie mungkin boleh mengisi masa lapang aq jugak .. So ada apa-apa perkara terjadi kat hidup mahupun diri aq , aq nak bercerita apa-apa ker atau aq nak bermadah-madah boleh laa aq kongsi kat blog nieh .. hope sesiapa yg follow up blog aq sudi-sudi laa komen mengkomen yaww (^_^)