Wahai si rama-rama
terbanglah dikau pada si dia
sampaikan 1 kiriman daku
khabarkan padanya AKU RINDU
Melihat si rama-rama berterbangan
Lalu si dia melemparkan senyuman
Dengan senyuman dia itulah yg ditunggu
jawapan bahawa dia juga MERINDUIKU
Hujan di luar membasahi bumi
Hujan di dalam membanjiri hati
Luka tangan tercalar nampak berdarah
Luka hati tertusuk tinggalkan parah
Kasih sayang tidak lagi bertaut
Kasih terluka meninggalkan parut
Tidak ku tahu kita kan bertemu
Tidak ku lepas ingin bersamamu
Tidak terkira ku sering merindu
Tidak ku mahu sengketa kau dan aku
Tidak ku duga juga perpisahan berlaku
Andai dirimu bertemu yg lain
Semoga si dia bukan seperti diriku
Kerana aku tidak mahu kau merana lagi
Andai diriku bertemu yg lain
Semoga si dia sama seperti dirimu
Kerana kesilapan lalu akan ku cuba perbaiki diri
Cukup pahit untuk ditelan
Walau perit harus diteruskan
Redha dengan ketentuan tuhan
Pasrah dengan segala ujian
DAN
Aku yakin ,, ada hikmah disebalik kejadian
Aku yakin ,, ada hikmah disebalik kejadian
0 ulasan:
Catat Ulasan